Ahad, 10 Mei 2009

MuKjIzAt



Mukjizat di sebalik BISMILLAH> BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat
dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'> > KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH >
> 1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.
Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana
BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. >
> 2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah
mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya
sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi) >
> 3.. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka
semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora,
mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan. > > 4.
Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu
dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah
BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya. >
> 5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati
syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
> > 6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19
huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud
berkata: 'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka
bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.' > > 7.
Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah
kehebatannya. ' > > 8. Barangsiapa yang
memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga
yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya. > > 9.
Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan
bertasbihlah segala gunung kepadanya. > > 10. Barangsiapa
yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan
terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan
bala. > > 11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50
kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si
zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca. > >

LaRaNgAn dLm IsLaM

Bismillah-ir Rahman-ir
Rahim
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Jangan
sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain
cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut
kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan
dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh
kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan
tidak berbasuh. Makruh
dan mewarisi kepapaan. Jangan tidur
selepas solat
Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu
membuka
pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca
BISMILLAH dan doa
makan. Nanti
rezeki kita
dikongsi syaitan. Jangan keluar rumah
tanpa
niat untuk
membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai
sepatu atau selipar
yang berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi
kepapaan. Jangan biarkan mata
liar di perjalanan. Nanti hati
kita gelap
diselaputi dosa. Jangan menangguh
taubat bila berbuat dosa
kerana mati
boleh
datang bila-bila masa. Jangan ego
untuk meminta
maaf pada ibu bapa
dan sesama
manusia kalau memang kita
bersalah.
Jangan mengumpat sesama
rakan taulan. Nanti
rosak persahabatan
kita
hilang bahagia. Jangan lupa
bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja
kita. Nanti kita sombong
apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan
bakhil untuk
bersedekah...
Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan
rezeki kita.
Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan
berbohong, kerana
ia adalah ciri-ciri munafik
dan
menghilangkan kasih orang
kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia
atau
haiwan. Doa makhluk yang
teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah
hati dengan urusan
dunia.
Akhirat itu lebih
utama dan hidup di sana lebih lama
dan kekal
selamanya. Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab
semuanya untuk
keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk
hamba
ciptaanNya.

fikir2kan laa .....layanzzzzzzzzz

SEKADAR RENUNGAN DAN FIKIRKAN YANG TERSIRAT
Baru-baru ini sewaktu musim cuti, saya menjamu selera di gerai 'Burger Bundle' di Seksyen7. Sepinggan Nasi Goreng Udang dan Air Bandung Muar berharga RM6.60! Nafas saya turun naik sewaktu membayarnya.. Namun, bukan soal harga yang ingin saya tuliskan di sini. Tapi, ada sesuatu yang lebih menarik untuk tatapan kita kali ini. Lama menunggu, maka saya alihkan perhatian ke arah TV3 yang sedang menyiarkan sebuah cerita yang amat saya kurang gemar lihat sejak saya kecil lagi. Cerita Pontianak (saya kurang ingat pontianak apa nama ceritanya). Namun, disebabkan lama menunggu tempahan yang tidak siap-siap, maka saya bersama kawan-kawan menonton juga ceritanya. Dalam cerita itu, watak seorang Lebai Tua adalah Heronya. Cerita itu bermula apabila seorang wanita yang dibunuh di kampung itu menjelma menjadi pontianak dan mengamuk di kampung itu.Maka orang ramai bertanya sang Lebai, "Apakah itu sebenarnya?". Seterusnya, jawapan sang Lebai Tua itu yang menjadi perhatian saya, "Roh perempuan tua itu tidak aman.. maka, rohnya menjelma menjadi pontianak untuk membalas dendam..". Maka terbahak-bahak sehingga hampir terburailah usus kami mendengarkan hujahan Tok Lebai itu! Kita tahu, Lebai ialah gelaran terhormat yang diberikan oleh penduduk kampung kepada mereka yang tinggi ilmu agamanya. Tapi dapat kita lihat betapa jahilnya lebai yang dipaparkan di TV3 tadi. Walaupun kepalanya ditutupi kopiah, tapi rasanya akal beliau turut tertutup dengan tutupan pemikiran songsang masyarakat yang tidak bertamadun. Tidak pernah ada satu dalil hadis atau Al-Quran pun yang pernah mengatakan bahawa roh seseorang itu boleh bertukar menjelma menjadi pontianak dan seterusnya pergi menyerang kampung untuk membalas dendam. Hujah apa yang mereka gunakan? Kitab mana yang mereka rujuk? Saya rasa soalan yang paling sesuai ialah, "Bomoh mana kau tanya?". Pemikiran jenis bebal apa ini? Mungkin akan ada antara kita yang berkata, "kenapa kita perlu sibuk-sibuk, itukan cerita saja..". Saya bukan hendak menyibuk atau buat-buat sibuk dengan hal ini. Rasanya saya sudah cukup sibuk di sini. Tapi, ingin saya ingatkan di sini bahawa orang ramai terutamanya yang bukan Islam turut menonton rancangan-rancangan seperti ini. Sudah tentu akan menimbulkan persoalan di hati mereka tentang ini. Mereka mungkin bertanya adakah Islam ini sebuah agama mistik yang ada mengajar penganutnya bagaimana cara-cara melawan Pontianak atau erti kata lain, 'roh yang tak aman'. Maka di situ salah tanggapan tentang Islam sudah berlaku! Malahan, cerita Pontianak itu turut menampakkan dan menonjolkan watak Lebai yang sangat dihormati di kalangan masyarakat kita menjadi seperti seorang tua nyanyuk yang berperanan serupa bomoh yang tahu berperang dengan hantu tetapi cetek ilmu agamanya. Pandai sembur ke kanan dan ke kiri untuk menghalau pontianak, tapi bila ditanya tentang asal-usulnya pontianak yang datang membunuh di kampung itu, maka dijawabnya dengan jawapan sasau sedemikian rupa. Generasi muda terpelajar mungkin akan menyangka bahawa inilah wajah sebenar Tok Lebai. Sedangkan kita tahu bahawa Lebai-lebailah antara golongan mulia yang mengembangkan dan mempertahankan institusi Islam di negara kita. Adalah amat menghinakan apabila kita mengambarkan watak Lebai sedemikian rupa. Kita tahu bahawa dalam menjelaskan tentang soal makhluk halus ini, telah Allah ingatkan pada kita bahawa ia hanyalah syaitan. Dan syaitan itu tugasnya menyesatkan anak Adam. Jadi, mengatakan Pontianak itu asalnya dari roh yang tidak aman seolah-olah seperti menafikan apa yang telah diajar oleh Allah dan KekasihNya, Muhammad SAW. Di situ kita sudah berjaya disesatkan. Ya, itu hanya cerita! Tapi filem kita mencerminkan pemikiran kita. Adalah sangat pelik di zaman moden ini bila kita lihat masih ada antara kita yang berfikiran seperti ini. Seolah-olah seperti semua perkara akan dikaitkan dengan hantu. Sakit perut pun hantu, demam panas pun hantu, hatta tertelan tulang ikan pun dikatanya pelesit yang ganggu. Bukankah selama ini kita lantang berdemonstrasi membantah apabila orang menghina agama kita yang suci ini? Tetapi mengapa kita mengejek agama kita sendiri? Jadi, meminjam kata-kata Dr Asri bin Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis (bukan Wahhabi ya, jangan silap), "Kalau tak suka dihina, janganlah menghina diri sendiri!".

ape perlunya sahabat????!!!!!!!!!

Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari? Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya.. Kenapa mesti kita bersahabat??? 1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman.. 2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu.. 3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...

Jumaat, 1 Mei 2009

siapa kita sebenarnya???????!!!!!!!!!!!!!!





siapa kita sebenarnya
??!!!!!!!!!!!!!!!!

sekadar renungan buat dirku,dirmu
dan semua...

kita sebenarnya...

kita sbnarnya ..lebih gbira myambut
1januari drpd 1 muharram

kita sbnarnya..lebih tau ape
ty
14 feb drpd 12 rabiul awl

kita sbnarnya..lebih mbsarkan ari
sabtu gan ahad b'banding ari jumaat

kita sbnarnya..lbih khusyul mdgar
lgu dri azan

kita sbnarnya.. lbih suka lepak,tgok
tv b'banding sembahyamg

kita sbnarnya..lebih tau artis
pujaan kita dri b'banding drpd Nabi Allah

kita sbnarnya..lebih suka
mybut elo..hai!! drpd assalamulaikum

kita sbnarnya..lbih skanyanyi drdp
zikir

kita sbnarnya..llbih ska
memujimanusia drpda memuji Allah kita sdiri

kita sbnarnya..suka
memaki.,mcarut,mgumpat n koraoke ,lebih bangga gan kejahilah diri
drpd
bsyukur dgan ima kita ..

kita sbnarnya..lebih cintakan dunia
drpd urusan akhirat


namun..apabila kita
ditanya pasti kita akan mjawap "kita sebenar....

lebih suka menuju ke syurga
daripada neraka!!'


layakkah kita dengan syurga milik
Allah?

kerana kita
sebenar....????

~~~ sEmPeNa hArI iBu~~~



jasa ibu cukupbesar dlm idup kita ..semoga kita akan mbalasnya
jikaberkesempatan..insyaalah....semasa kita berumo 1 thn ..ibu myuapkan
kitamkn.memandikan n mguruskansegalanya2 tuk kita.kita mbalas jasanya gan
nangis
sepanjang mlm....semasa kitaberumo 3 thn ..ibu myediakan mkn istimewa
n berzat
tuk kita jamah....agar kitambesar gan cepatnyaa..ttp kita mbalasnya
gan
menumpahkan mkn kat ataslantaii...betapa sedihnya ati ibu kitaa...semasa
kita
berumo5 thn ,ibumbelikn kitaa "crayon"kita mbalasnya budinya gan
mencconteng
kang dinding umah..jika bukan tu ..crayon akan bertaburan atas
lantaii...ibu gan
sabar mengutipsatu persatu crayon tanpa mgenal erti
penat...semasa kita berumo
10 thn ..ibukita mghantar kita ke kelas
tuisyen,mbawa kitake "shopping",mghantar
kita kat umah kawan n laen2 lgi la
..ttp kita langsungtdak mengindahkan n x
bertrima kasih kepdanya...apabila
kita berumo11 thn ibumbelikan kita bola ttp
kita mbalasnya gan menendang
bola tingkap jiran kitamengakibatkan cermin jiran
pecah ..dengan lapang dada
ibu meminta maaf dahmbayar ganti rugi .....ketika
kita msuk ke 12 thn pla
..ibu menasihatkan kitajgn menonton tv smpai lewat
mlm...n ape bila kita
berusia 13 thn ....ibu mnegurkita fesyen rambut yg kurang
elok..kita
mbalasnya gan mgatakan tak ade "taste"nkita selalu pulang lewat
mlm...


apbila kita dah b'umahtgga..ibukta gbira ,kita
pla
mblasnya gan pindah jauh drinya ..n ketika kita b,umo 40thnlebih kita
lupa n
alpa gan ibu n sbuk gan keja tak ade masa langsung dgan ibu...Apabila
di suatu
hari hari ,ibu m,ggal dunia .ketika tu kita tdak sempat tukmbalas
segla
jasa2nya"salah siapa???? Adakah salah ibu m'gandung???igatlah!!!!!!
slgi idup
msih idup kasihi dah sygilah dirinya..ibu dah ayah cuma satukat
dunia nie tak
ade 1,2,3 n4nya siapalah kita tanpa jasa dah
pengorbanamereka...


"ibu..kaulah ratu
atiku"sesungguhnya
syurga itu dibwh telapak kaki ibu...


MyHeArT™
.......

Jumaat, 27 Februari 2009

IBU MITHALI

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu
Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa
dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini.
Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.

Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku
menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam. .... p/s sambung gii ahakzz........