Ahad, 10 Mei 2009

LaRaNgAn dLm IsLaM

Bismillah-ir Rahman-ir
Rahim
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Jangan
sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain
cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut
kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan
dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh
kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan
tidak berbasuh. Makruh
dan mewarisi kepapaan. Jangan tidur
selepas solat
Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu
membuka
pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca
BISMILLAH dan doa
makan. Nanti
rezeki kita
dikongsi syaitan. Jangan keluar rumah
tanpa
niat untuk
membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai
sepatu atau selipar
yang berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi
kepapaan. Jangan biarkan mata
liar di perjalanan. Nanti hati
kita gelap
diselaputi dosa. Jangan menangguh
taubat bila berbuat dosa
kerana mati
boleh
datang bila-bila masa. Jangan ego
untuk meminta
maaf pada ibu bapa
dan sesama
manusia kalau memang kita
bersalah.
Jangan mengumpat sesama
rakan taulan. Nanti
rosak persahabatan
kita
hilang bahagia. Jangan lupa
bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja
kita. Nanti kita sombong
apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan
bakhil untuk
bersedekah...
Sedekah itu memanjangkan umur dan
memurahkan
rezeki kita.
Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan
berbohong, kerana
ia adalah ciri-ciri munafik
dan
menghilangkan kasih orang
kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia
atau
haiwan. Doa makhluk yang
teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah
hati dengan urusan
dunia.
Akhirat itu lebih
utama dan hidup di sana lebih lama
dan kekal
selamanya. Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab
semuanya untuk
keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk
hamba
ciptaanNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan